Sunday, November 9, 2008

KUASA MAGNET DI MINDA ANDA

Minda kita mempunyai kuasa megnet untuk menarik atau menolak keinginan kita

Sekiranya kita menaruh kepercayaan terhadap apa yang dikehendaki, maka kuasa megnet akan menarik dan begitulah sebaliknya
Imeginasi, fokus, keinginan dan iman akan mengeluarkan satu tenaga dan memancarkan isyarat kepada orang yang mempunyai fikiran sealiran dengan kita

Kita akan dapat rasakan getaran berbentuk idea, semangat, kekuatan, perasaan dan pelbagai seolah olah datang unutk membantu kita.
Tanpa kita sedari, semua anggota badan kita secara tiba tiba mengarahkan kearah apa yang dikehendaki

APA YANG ANDA FIKIR!!!

  • Cara kita berfikir akan mempengaruhi kelakuan dan tabiat kita dan akhirnya mempengaruhi
    gerak geri melalui perbuatan
  • Cara berfikir yang dibuat secara berulangkali mempunyai pengaruh yang amat kuat sekali terhadap diri kita.
  • Setiap apa yang dikehendaki dan tertanam dalam fikiran kita, kan menjadi seperti video keset yang dimainkan secara berulang kali.
  • Kita tidak mendengarnya, tetapi universal mendengar dengan jelas sekali melalui getaran
    semula jadi yang ujud dalam alam ini
  • Sekiranya kita hendak menjadi orang yang berjaya, sentiasa tanamkan difikiran sesuait
    yang positif


Tuesday, November 4, 2008

Minda separa sedar melalui JIWA

Kebanyakan dari kita tidak mengetahui bahawa terdapat satu permata yang tiada penghujung nilainya. Nilai tersebut akan berakhir sehinggalah berlaku kematian. Selagi kita masih bernafas selagi itulah permata ini akan sentiasa bergerak untuk membantu kita.

Mengikut kajian, minda manusia ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama yang terletak di bahagian kiri kita dinamakan minda sedar (conscious mind) sementara di sebelah kanan pula dinamakan minda separa sedar (subconscious mind) Minda sedar berfungsi memikirkan perkara perkara logik seperti membaca, mengira, membuat keputusan atau ringkasnya minda ini berfungsi sepanjang masa kita sedar. Kepasiti memori minda bahagian ini hanyalah 12% sahaja.

Minda separa sedar pula berfungsi menerima saja apa yang didengar, dibau, dilihat dan dirasa. Ianya berfungsi tanpa henti samada masa kita tidur mahupun masa berjaga. Minda separa sedar ini bersifat tidak boleh menolak apa yang diterima.

Ianya dirakam sampai bila bila masa, contohnya perisitwa yang berlaku 20 tahun lepas masih jelas terbayang dalam ingatan. Wajah datuk kita yang telah meninggal 30 tahun sudah masih boleh diingat lagi. Kenapa kita masih ingat? sebab kapasiti memori minda separa sedar ini adalah 82%. Anda boleh bayangkan sekeping cd berkapasiti 700mb yang boleh merakamkan gambar bergerak selama satu jam setengah. Sekiranya anda berumur 30 tahun, ingatan tersebut boleh dimasukkan kedalam 219,000 keping cd.... fantastik

Oleh kerana minda separa sedar ini bersifat menerima sahaja maka setiap perkataan yang hendak kita tuturkan dari mulut perlu bersifat positif, contohnya apabila anda memerahi anak anak, jauhi dari mengeluarkan perkataan perkataan negatif. Sedikit sebanyak perkataan ini akan terlekat dalam minda ini dan amat sukkar untuk dibuangkan.Minda separa sedar ini akan lebih sensetif lagi apabila berada dalam keadaan tenang dan fokus.

Hasil dari penelitian terhadap minda ini maka keluarlah kaedah rawatan hipnotraphi. Kaedah rawatan ini amat berkesan digunakan untuk rawatan penyakit berbentuk emosi dan fizikal. Penyakit berbentuk emosi ini seperti fobia, malas, tabiat buruk, sedih, trauma, takut, tidak kratif dan lain lain sementara penykit fizikal pula seperti urat saraf, darah tinggi, kencing manis dan lain lain. Ubat dari penyakit ini adalah saranan saranan yang diberikan semasa minda separa sedar betul betul berfungsi.Kursus ini akan mengajar anda bagaimana menggunakan minda separa sedar bagi mencapai kejayaan diri dan keluarga anda.